Kamis, 01 Januari 2015

Kisah Seorang Wali Allah Uwais al-Qarni

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.


Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.  Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.  Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya.

Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.

Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.  Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.  Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.  Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.  Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.  Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,  "Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."  Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.

Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.  Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.  Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.  Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."  Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.  Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.  Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.  Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:  "Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.  Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.  Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.  Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.  Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.  Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.  Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untukmembuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.  Memang benar! Diapenghuni langit.

Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.  Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,  "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.  Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.  Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" 

Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, "Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadihal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya.

Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

Senam Untuk Mengecilkan Perut Buncit

Apakah sahabat sedang melakukan senam mengecilkan perut secara rutin? Seperti yang kita tahu, senam tersebut adalah salah satu cara jitu untuk melangsingkan perut yang buncit. Ada beberapa cara senam yang bisa dilakukan secara mudah dan tepat. Cara tersebut juga bisa dilaksanakan di rumah di sela-sela waktu kosong. Untuk mendapatkan informasi tersebut, ikutilah beberapa tips di bawah ini.
senam mengecilkan perut
(c) shutterstock.com

Senam untuk mengecilkan perut buncit pada wanita

Hal pertama yang harus dilaksanakan dalam melakukan senam mengecilkan perut buncit adalah dengan olah raga kecil yang teratur. Senam perut berarti juga menggerakkan tubuh agar bisa lebih ideal. Yang pertama adalah dengan berjalan atau berlari kecil. Hubungan berjalan atau berlari menggunakan kaki dengan mengecilkan perut adalah hanya untuk membiasakan diri agar kalori sedikit terbakar. Sehingga lemak di perut dan bagian tubuh lainnya juga berkurang. Selanjutnya adalah elliptical trainer yaitu alat kebugaran kardio dimana gabungan jalan kaki dan naik tangga diaplikasikan. Bersepeda adala cara selanjutnya. Kita bisa bersepeda 30 menit dan bisa membakar 250-500 kalori.
Selain hal terse but, senam mengecilkan perut juga bisa dilakukan dengan cara bicycle exercise jika kita tidak memiliki sepeda. Caranya yaitu dengan merebahkan badan dan memposisikan kedua tangan di belakang kepala. Angkat lutut ke dada sekaligus sambil mengangkat kepala, namun pundak tetap berada di lantai. Temukan siku kiri dengan lutut sebelah kanan dan kaki kiri ditarik lurus. Begitu juga sleanjutnya bergantian. Chair leg raise adalah sebuah olah raga selanjutnya yang alat kebugaran di mana punggung bersandaran dan kaki diangkat perlahan-lahan ke depan dan tahan beberapa saat. Hal lainnya adalah ball crunch dimana kita sit up di atas bola. Punggug berada di atas bola dan tangent di belakang kepala dan angkat kepala perlahan untuk menyeimbangkan tubuh supaya tidak jatuh. Selanjutnya, kita juga bisa melakukan vertical leg crunch dan sit up.
Cara tersebut sangatlah mudah dilaksanakan baik di rumah ataupun di tempat kebugaran. Hasil dari senam mengecilkan perut pada wanita akan bervariasi tergantung keteraturan dan pelaksanaannya. Beberapa pembahasan tentang senam menurunkan berat badan termasuk video senam mengecilkan perut juga senam mengencangkan payudara dan senam mengecilkan lengan atas kemudian senam kegel dan senam untuk mengecilkan perut bawah dengan olahraga mengecilkan perut secara bertahap akan kami hadirkan disini.(Ayla/Okky)

Makanan Untuk Diet

Tidak semua makanan yang katanya bagus untuk diet itu kita konsumsi. Ada baiknya kita cari tahu lebih dulu apakah benar makanan untuk diet itu memang mampu menguruskan tubuh. Jika sebaliknya yang terjadi, tentu lebih baik kita menghindarinya. Seperti dilansir laman authoritynutrition.com ada beberapa hal yang wajib kita perhatikan tentang hal ini.
makanan untuk diet cepat
(c) shutterstock.com

Apa saja makanan unuk diet cepat yang harus kita hindari?

Sirup sering disebut sebagai alternatif alami untuk pengganti gula. Namun masalahnya sirup itu tidak sehat bahkan bisa lebih buruk dari gula. Salah satu alasan mengapa gula tidak sehat karena mengandung fruktosa yang berlebih. Jika gula mengandung sekitar 50% fruktosa, sedangkan sirup mengandung lebih banyak lagi sebanyak 70 sampai 90%.
Tentu, fruktosa dari buah dalam jumlah sedikit boleh kita konsumsi. Namun jika berlebihan mengkonsumsinya bisa berdampak buruk bagi kesehatan kita. Fruktosa yang berlebih dapat menyebabkan trigliserida tinggi, gula darah tinggi, meningkatkan kolesterol, kelebihan berat badan dan berbagai masalah metabolisme lainnya.
Untuk itu sebaiknya hindari sirup dan pilih air putih saja. Jika pun perlu menggunakan pemanis, lebih baik menggunakan pemanis alami yang rendah fruktosa.
Sereal sarapan. Sering kan mendengar sereal merupakan makanan sehat untuk diet cepat? Padahal sebenarnya itu tak baik karena biasanya mengandung banyak gula dan karbohidrat olahan yang dapat membuat tubuh menjadi gemuk.
Sekalipun banyak sereal sarapan yang mengklaim “rendah lemak” pada label, tapi biasanya mengandung banyak gula. Untuk itu, dibanding makan sereal, lebih baik untuk memilih sarapan sehat seperti telur dan sayuran.
Roti Gandum. Banyak yang menyebut roti gandum baik sebagai makanan yang baik untuk diet cepat. Padahal nyatanya tidak. Sebagian besar makanan yang terbuat dari gandum tidak benar-benar terbuat dari gandum utuh. Tapi butiran itu telah dihancurkan menjadi tepung yang sangat halus yang dengan mudah dicerna dan meningkatkan gula darah dengan cepat. Penyebutan kata gandum lebih sebagai taktik pemasaran semata. Oleh karena itu, roti gandum sebaiknya kita hindari.
Yogurt rendah lemak. Yogurt rendah lemak kerap dianggap sebagai minuman sehat untuk diet. Padahal saat produsen menghilangkan lemak, rasanya menjadi tidak enak. Oleh karena itu kemudian ditambahkan bahan-bahan lain untuk membuatnya menjadi enak. Biasanya ditambahkan gula atau pemanis buatan. Oleh sebab itu, penting untuk menghindarinya.
Saos dan sambel buatan. Saat kita makan sayuran biasanya kita tergoda untuk menambahkan saos atau sambel buatan pabrik. Betul kalau sayuran itu bagus sebagai makanan sehat yang baik untuk diet cepat. Tapi saos atau sambel buatan pabrik itu ada yang dibuat dari bahan yang tak sehat. Oleh karena itu kita sebaiknya menyambel sendiri.
Jus buah. Selama ini banyak yang mengatakan jus buah itu bagus untuk diet. Kenyataannya jus buah tidak lebih dari air rasa buah. Sebab saat buah diblender, seratnya berkurang dan yang tersisa hanya gula. Apalagi jika dalam pembuatan jus itu kita beri gula tambahan, maka semakin besar kandungan gula dalam jus. Lebih baik makan buah langsung dibanding membuatnya jadi jus buah. Karena pada buah utuh, sekalipun masih mengandung gula namun gulanya terikat dalam dinding sel fibrosa. Sehingga bisa memperlambat pelepasan gula ke dalam aliran darah. Selain itu, pada buah utuh, kandungan seratnya masih terjaga.
Itulah beberapa daftar makanan yang tidak baik untuk diet cepat kurusyang sebaiknya kita hindari. Lebih baik kita mengkonsumsi makanan sehat untuk diet yang kita olah sendiri. Berhati-hatilah dalam menyaring informasi seputar berita tentang makanan untuk diet cepat kursus dalam seminggu tanpa olahraga. Konsultasikan setiap temuan sobat Ayla di internet dengan ahli gizi atau pendamping diet teman-teman terlebih dahulu.(Ayla/Idr)

Cara Memutihkan Wajah Secara Alami dengan Cepat Menggunakan Pepaya

Buah pepaya dikenal sebagai buah yang bermanfaat untuk melancarkan dan juga menyehatkan pencernaan. Jika teman-teman sedang sembelit dapat mengonsumsi buah pepaya untuk melancarkan kembali pencernaan teman-teman. Namun, apakah teman-teman tahu jika ternyata buah pepaya juga dapat dimanfaatkan untuk alternatif perawatan kecantikan wajah teman-teman. Pepaya memiliki kandungan papain dan juga AHA dapat menjadikan kulit nampak lebih cantik bercahaya, melembutkan dan juga merupakan cara memutihkan wajahkita secara alami dengan cepat yang sangat ampuh. Teman-teman dapat mengkreasikan pepaya ini sebagai masker memutihkan wajah dari daging buah dengan mencampurkan beberapa bahan lain agar hasil yang didapat lebih maksimal.
cara memutihkan kulit wajah

Cara alami memutihkan kulit wajah dengan pepaya

Berikut ini adalah cara memutihkan kulit wajah pria dan wanita secara alami yang sangat banyak disukai karena bisa membantu memutihkan kulit dengan cukup cepat dan aman digunakan. Silahkan dicatat jika berkenan!
cara memutihkan wajah

Pepaya dipadu dengan gel aloevera, adalah cara alami memutihkan wajah yang akan kita bahan pertama kali disini. Cara membuatnya sangat mudah yaitu dengan mencampurkan 4 sendok teh kosmetik tanah liat, 1 ½ sendok makan gel aloevera, dan juga ½ cangkir atau gelas daging dari buah pepaya. Campurkan hingga benar-benar tercampur merata, kemudian oleskan pada seluruh area wajah dan juga leher. Diamkan beberapa saat dan tunggu hingga masker meresap pada kulit. Sekitar 15 hingga 20 menit, barulah teman-teman dapat membilasnya dengan air hangat. Campuran dari masker ini akan memberikan manfaat untuk mengangkat penyumbatan yang ada pada pori-pori kulit dan sel kulit mati dapat terangkat sehingga menjadikan wajah tampak lebih putih.
cara alami memutihkan wajah

Pepaya dikombinasikan dengan oatmeal, masker campuran antara pepaya dan oatmeal ini juga dipercaya dapat membantu untuk mencerahkan kulit dan juga menjadikan kulit wajah tampak lebih putih alami. Siapkan buah pepaya kupas kemudian cuci bersih dan blender. Ambil kurang lebih 3 sendok makan jus pepaya campurkan dengan 1/3 gelas kecil dan kurang lebih 1 sendok makan madu murni. Aduk hingga benar-benar tercampur merata, oleskan pada bagian wajah dan leher. Diamkan dan tunggu hingga masker mengering yang menandakan masker telah meresap ke kulit. Hingga 20 menit baru basuhlah dengan air hangat.
cara memutihkan wajah secara alami

Pepaya dan lemon, buah lemon itu sendiri dikenal dapat menjadikan kulit lebih putih dan cerah apalagi jika dicampur dengan buah pepaya ini akan menjadi cara memutihkan wajah dengan cepat yang tentu hasilnya akan maksimal. Cara membuat masker campuran ini sangat simple untuk dibuat di rumah. Siapkan ½ cangkir pepaya yang telah dihaluskan, 1 sdm madu murni, 1 sdm yogurt, 1 putih telur, dan juga 1 sdm perasan air lemon. Campur semua bahan hingga merata dan menjadi adonan halus. Gunakan adonan tersebut sebagai masker wajah dan leher. Jangan langsung dibilas namun biarkan hingga 20 menit baru setelah itu teman-teman bilas.
cara memutihkan wajah

Pepaya dan bahan alami susu. Susu juga dapat memberikan efek mencerahkan dan juga memutihkan wajah sehingga tidak salah jika menjadikan susu sebagai bahan campuran pepaya sebagai masker memutihkan wajah. Teman-teman hanya harus menyiapkan ½ gelas daging pepaya yang telah dihaluskan terlebih dahulu, ½ sdt madu murni, susu, dan juga air. Campurkan semua bahan hingga merata kemudian oleskan ke seluruh wajah dan leher. Tunggu hingga 15 menit kemudian basuh dengan air hangat hingga bersih. Selain untuk mencerahkan masker ini juga dapat membantu menghilangkan noda hitam pada wajah.
Nah itu tadi cara memutihan wajah dengan cepat dengan memanfaatkan buah pepaya yang dikombinasikan dengan beberapa bahan alami lainnya. Silahkan dicatat dan segera konsultasikan dengan ahli kecantikan sobat Ayla semua. Tips ini sedang naik daun sekarang dan banyak yang menggunakannya, cobalah share di facebook atau twitter pasti banyak yang menanggapinya.

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Alami Dan Cepat

Selasa, 11 November 2014

Amal Yang Hilang Ketika Kita Asyik Menonton Televi

Hasil gambar untuk gambar tvTV atau televisi adalah satu benda yang telah menjadikan kita benar2 'terpenjara'. Kenapa demikian? Karena dia memaku kita di tempat sebagai penonton.

Kenapa kita rela 'diatur' televisi sebagai penonton? Kita ‘dipaksa’nya duduk terfokus padanya, kita ‘diatur’ nya supaya berada di depannya setiap waktu-waktu tertentu, emosi dan akal kita juga ‘diatur’nya agar sesuai dengan maunya televisi. Televisi juga membentuk cara berpikir kita sesuai dengan kemauannya, ini dilakukannya secara bertahap, tanpa disadari dan susah dibuktikan. Seorang anak bisa jadi cepat akrab dengan teman barunya karena memiliki ‘bahasa’ yang sama yang diajarkan televisi. Demikian kuat pengaruh televisi, sayangnya kebanyakan digunakan tidak untuk mendidik secara baik dan benar.

Stop jadi penonton televisi yang buruk, mulailah menjadikan diri Anda sebagai orang yang ditonton, bukan oleh penonton televisi tapi oleh makhluk lain. Bersiaplah Anda menerima honor yang luar biasa besarnya. Siapa yang dapat memberi honor sebanyak itu? Siapa lagi kalau bukan Allah azza wa jalla yang khasanah-Nya maha luas. Kalau saja seluruh orang di bumi jadi pelakon utama dan Allah (swt) membayar semuanya dengan bayaran yang paling tinggi, niscaya tidak akan berkurang milik-Nya kecuali hanya seperti satu tetes air di ujung jarum dibanding melimpahnya air samudra.
Maka ketahuilah, bahwa mengalihkan mata Anda dari televisi untuk satu kali saja pandangan sayang yang diarahkan kepada orangtua kita yang sudah lanjut usia, Allah (swt) akan mengganjari kita dengan bayaran yang nilainya setara dengan haji dan umrah yang mabrur. Kita dapat melakukan hal itu ber-kali2, bahkan kita dapat melakukannya dalam hari yang sama. Padahal untuk setiap haji yang mabrur ada jaminan hidup mulia di dunia dan di akhirat.

Mengalihkan waktu menonton televisi Anda menjadi suatu kunjungan kepada handai tolan akan dibayar dengan rejeki, keberkahan dan panjang umur. Belum lagi bonus2 yang berlipat ganda bagi setiap zakat, sedekah, infak atau hadiah yang kita berikan kepada mereka. Juga ganjaran dari Allah (swt) bagi setiap langkah kaki dan ayunan tangan, serta dari setiap kata2 yang baik yang terucap dan dari setiap titik peluh yang menguap ataupun yang menetes.

Apalagi ketika Anda mengganti waktu menonton televisi Anda dengan perjalanan amar makruf nahi munkar. Ingatlah, saat kita terlelap ketika di jalan Allah, tidak akan dapat ditandingi oleh orang yang tinggal (di kampungnya) yang berterusan melakukan puasa pada siang hari dan tahajud pada malam harinya kecuali dengan cara keluar di jalan yang sama. Padahal untuk setiap satu puasa dan setiap satu rakaat shalat ada ganjaran yang nilainya sangat yang besar di sisi Allah (swt).

Sungguh, kalau saja kita mau jadi pelaku utama dari drama kehidupan ini, niscaya bukan saja makhluk2 yang ada di sekitar kita yang menyaksikan setiap perbuatan kita, akan tetapi juga mereka yang ada di belahan bumi lain dan mereka yang tinggal di belahan alam lain. Bukan itu saja, orang2 yang kita tonton pada masa yang lalu akan menjadi penonton2 kita kelak.

Oh… ternyata kita baru tahu bahwa kita benar2 tidak memerlukan televisi, sebagaimana TV yang kita kenal saat ini. Sungguh, kalau sudah begini keadaannya, maka nyata benar bahwa tidak ada waktu untuk duduk di depan televisi, tidak juga menonton tayangan2-nya. Kita, ummat Rasulullah (saw), adalah pelaku utama, bukan penonton dan bukan pula objek bagi iklan2 murahan. Subhanallah.


(Sumber tulisan oleh : Subhan ibn Abdullah, 2005. Mohon maaf bila Penjaga Kebun mengedit beberapa kata, semoga Allah mengkaruniakan pahala yang berlipat dengan perubahan ini.)